Translate

Tuesday, 12 May 2015

Terjejas sedikit akibat kesan banjir besar pada Jannuari 2015 tempohari...ada rumpun rumpun serai yang hanyut.....tebing sungai pun terhakis......Cubaan dan dugaan yang harus ditempuhi....Aku redha......


Telah sesuai dengan keadaan tanah ...inilah hasilnya





Alhamdulillah...serai telah mula bercambah...umur 3 minggu...

Berehat setelah penat bekerja di siang hari.....


Malam ni bercahayakan lampu karbit... pekerja pekerja borong dari minang di tugaskan untuk menanam benih serai keseluruh tapak yang di sediakan.

Ketibaan benih benih serai yang sungguh menguajakan


Benih serai dah sampai...kul 11mlm baru selesai unloading 3 tan....cobaaannnnn
Penyediaan Tanah
Untuk Sebarang pertanian, kesesuaian tanah adalah faktor penting untuk menjamin pembesaran tanaman dan hasil yang lumayan. Bagi tanaman serai kebanyakan tanah adalah sesuai kecuali tanah pasir, gambut dan berair.
Bajak Kasar
Tanah perlu dibersih dari hutan dan semak samun, tanah dibajak kasar dan bajak halus (rotor). Akar serai akan berfungsi dengan baik pada tanah yang digemburkan. Ini adalah penting untuk serai menghasilkan anak-anak yang banyak dan pembesaran yang maksima.
Bajak Halus
Saliran adalah penting untuk mengelakkan air dari bertakung di pangkal serai. Pangkang serai tidak boleh tenggelam air terlalu lama. Pemilihan tanah amat penting, elakkan daripada tanah selalu ditenggelami air. Dicadangkan parit disediakan di ladang dengan jarak setiap 50kaki.

Serai - 'Cymbopogen citratus'

SERAI atau nama saintifiknya 'Cymbopogen citratus' suatu ketika dulu hanya ditanam secara kecil-kecilan di belakang rumah dan dituai segar dengan batangnya dijadikan perisa masakan, terutama kari, tomyam, kerabu dan rendang.
Namun perkembangan pesat sektor bioteknologi menjadikan tanaman serai secara komersial seperti satu fenomena baru yang melanda masyarakat negara ini, terutama sejak kebelakangan ini. Semakin ramai yang memperkatakan mengenai potensi tanaman itu yang menjanjikan pendapatan lumayan.

Serai yang juga sejenis tanaman rumput beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat, dikatakan berasal dari Sri Lanka dan tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Myanmar, Thailand, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.
Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan, manakala daunnya tirus, melampai serta panjangnya antara 60 hingga 100 sentimeter (sm), manakala lebar antara satu hingga 1.5 sm.

Dari aspek perubatan, kandungan `citral' dalam serai berkesan untuk membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal, merawat selsema, batuk, kanser dan sakit kepala. Pati minyaknya pula serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan.
erai juga membantu menurunkan suhu badan serta bersifat antiseptik, manakala kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan dan bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.

Di negara ini, antara serai yang popular di kalangan pengusaha ialah serai paha ayam, serai hijau, serai telur, serai gajah dan serai wangi.
InfoSerai
· Boleh dituai selepas enam bulan ditanam.
· Setiap rumpun biasanya ditanam dengan empat anak benih yang ditanam condong untuk menggalakkan pembiakannya.
· Setiap rumpun mampu menghasilkan sehingga empat kilogram tuaian.
· Setiap kawasan seluas 0.4 hektar boleh menghasilkan sehingga 10 tan metrik semusim (enam bulan) dengan pulangan bersih lebih RM10,000 jika di selenggara dengan baik
· Untuk hidup subur, serai memerlukan kawasan yang tidak terlalu terlindung dan cukup cahaya matahari, manakala tanah yang sesuai ialah tidak digenangi air.